Keahlian Muqharabbin dalam PN lulus lepas dua hari hantar borang

0
117

KEAHLIAN bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin, diluluskan sendiri Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, selepas dua hari menghantar borang untuk menyertai parti itu.

Hamzah berkata, Muqharabbin menelefonnya menyatakan hasrat untuk menyertai BERSATU sebelum menghantar borang permohonan secara dalam talian.

Katanya, sebaik memeriksa permohonan yang dibuat secara dalam talian itu, beliau sendiri terus meluluskannya permohonan itu.

“Jadi bila dia jumpa dengan saya.. saya sambut dia dan saya ucap terima kasih kerana mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan PN.

“Saya sudah bagi tahu sekarang ini keluarga yang besar itu (PN) sudah menjadi lebih besar dengan kemasukan ahli-ahli yang dahulunya bersama dengan UMNO, yang dahulunya bersama MIC, ada juga dengan MCA yang sudah mula bersama dengan kami di PN.

“Jadi.. itu memberikan satu lagi semangat kepada kita di peringkat tertinggi ini bahawa perjuangan yang kita bawa ini diterima baik oleh rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Perdana Perikatan Nasional, di Markas PAS Kampung, Durian Badur, di sini semalam.

Katanya, Muqharabbin yang menjadi ikon anak muda berjaya mendaki Gunung Everest itu berpendapat UMNO ‘melumpuhkan’ kepercayaan rakyat Malaysia terhadap parti itu.

“Maka sebab itu dia (Muqharabbin) merasakan melalui PN yang dia (Muqharabbin) boleh membawa segala cita-cita untuk menaikkan semangat anak muda. Dia nampak ada keikhlasan dan sinar bahawa rakyat akan mencari alternatif yang baharu melalui PN,” katanya lapor BH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here