‘Insya-ALLAH Azmin akan menang, kembali sebagai MB’ – Hilman

0
163

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali akan diangkat semula sebagai Menteri Besar Selangor jika Perikatan Nasional (PN) menang dan diberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Calon PN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham mengulangi keyakinan itu dalam satu ceramah di Gombak Setia pada malam Rabu.

Menurutnya, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Yunus Hairi yang pernah menyandang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor juga akan kembali ke pentadbiran kerajaan negeri.

“Insya-ALLAH Azmin akan menang (Hulu Kelang) dan kembali ke Shah Alam sebagai menteri besar.

“Yunus pula yang bertanding di Sijangkang juga akan menang dan akan kembali ke Shah Alam juga, ” katanya lapor Sinar Harian.

Azmin sebelum ini merupakan Menteri Besar Selangor pada 2014-2018 sebelum dilantik Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jawatan itu kemudian digalas Datuk Seri Amirudin Shari yang disahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal kembali meneruskan tugas tersebut jika Pakatan Harapan (PH) menang di Selangor.

Untuk rekod, Selangor berada di bawah pemerintahan PH (dahulu Pakatan Rakyat) sejak 2008 selepas Barisan Nasional (BN) tumbang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here