Kanak-kanak mati disyaki didera: Ibu, teman lelaki direman hingga Ahad

0
167

SEORANG wanita dan teman lelakinya yang disyaki terlibat dalam kes kematian kanak-kanak berusia 9 tahun di Taman Panglima, Asaam Kumbang, Taiping Ahad lepas direman selama tujuh hari bermula semalam.

“Reman tujuh hari hingga Ahad ini, kemudian bedah siasat akan dibuat hari ini,” kata Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah hasil maklumat orang awam yang melaporkannya kepada polis kira-kira pukul 11 pagi.

Hasil siasatan awal pihak forensik di tempat kejadian mendapati terdapat unsur penderaan terhadap mangsa terbabit.

Polis kemudian menahan ibu mangsa dan teman lelaki yang masing-masing berumur 36 tahun dan 30-an yang turut tinggal di rumah berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa dilaporkan didera sejak Mac dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here