‘Agak menakutkan pegawai awam gred 54 banyak terbabit rasuah’

0
194

Pembabitan pegawai awam gred 54 ke atas dalam gejala rasuah menjadi trend yang amat membimbangkan, berbanding 10 tahun lalu yang memperlihatkan satu penanda aras tidak sihat membabitkan kes berprofil tinggi.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pembabitan pegawai kerajaan gred 54 ke atas menunjukkan peningkatan sejak 2018 seolah-olah menjadi perkara biasa.

“Sekarang ini ia jadi seperti satu kebiasaan pula dan ini agak menakutkan apabila penerima rasuah itu membabitkan pegawai awam gred 54 ke atas.

“Selain itu, kes profil tinggi ini turut membabitkan ahli politik, pemimpin negara, peguam dan lain-lain,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Tamu Kito di platform media sosial Facebook NEGERIfm Official hari ini.

Azam berkata, menyiasat kes berprofil tinggi agak sulit dan kompleks berbanding kes lain kerana untuk membuktikan unsur rasuah itu perlu teliti.

“Sebagai contoh pegawai kerajaan Jusa C yang mengambil rasuah RM200,000, SPRM perlu menyiasat kerana bukan dia seorang saja menerimanya, kerana ada banyak lapisan dan tugas kita hendak mengesahkan wang itu sampai kepadanya.

“Kita kena siasat satu-satu, tambahan jika menggunakan proksi kerana kadang-kadang proksi itu tidak wujud malah apabila dapat wang itu mereka lakukan penggubahan wang haram.

“Namun kita tetap akan cari balik wang yang dicuci itu sehingga mereka bankrap semula,” katanya lapor BH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here