Amaran hujan berterusan di tiga negeri hingga Sabtu

0
160

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di tiga negeri mulai hari ini hingga Sabtu (15 Julai).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga negeri yang dijangka mengalami hujan berterusan itu ialah Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak, kawasan terjejas adalah di Limbang manakala di Sabah kawasan terlibat adalah di pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan pada 11.30 pagi ini.

BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here