Neelofa selamat lahirkan putera kedua

0
173

PELAKON dan usahawan ternama, Neelofa selamat melahirkan putera kedua pada 11 Julai lepas.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor memaklumkan berita gembira itu menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Alhamdulillah rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023, pukul 10.45 malam menjadi hari penuh berkat dan rahmat bagi kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Neelofa memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan anak kedua mereka.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang, amin!

“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya, Insya-Allah,” kongsinya lapor Utusan Malaysia.

Dalam masa yang sama, Neelofa juga memaklumkan bakal berkongsi nama anak mereka itu pada hari ketujuh selepas kelahiran.

Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail pada Mac 2021. Mereka dikurniakan dua anak termasuk, Muhammad Bilal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here