Kanak-kanak lelaki dua tahun maut dalam kebakaran

0
87

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah flat di Taman Pantai Bersih di Butterworth, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 8.29 pagi sebelum pasukan BBP Butterworth dikejarkan ke tempat kejadian.

Jelasnya, kebakaran itu melibatkan bilik di sebuah rumah flat di tingkat dua dengan anggaran kemusnahan 20 peratus.

“Kebakaran sudah dipadamkan sebelum pasukan bomba tiba dan terdapat seorang mangsa yang berada di dalam bilik berkenaan telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, proses ‘overhaul’ masih berlangsung sehingga pagi ini bagi memastikan tiada lagi risiko api menyala semula dan merebak ke tempat lain. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here