PM perlu minta maaf gagal turun harga minyak – Nazree

0
112

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memohon maaf kepada rakyat kerana gagal menurunkan harga minyak seperti mana yang pernah dijanjinya sebelum ini.

Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, tidak ada alasan lagi untuk Anwar menunaikan janjinya kerana beliau kini sudah menjadi Perdana Menteri yang diidam-idamkan selama ini.

“Kalau dia (Anwar) bagi tempoh 24 jam nak turun minyak jika berkuasa dan malam ini (Ahad) kita bagi dia tempoh 24 jam mesti mohon maaf kepada rakyat kerana gagal tunai janji.

“Ia kerana dua alasan diberi. Pertama dia sebut jika menang akan turun harga minyak 24 jam, tapi bila ditanya dulu, dia jawab belum menang lagi.

“Pada 2018, Pakatan Harapan(PH) menang, dia jawab dia bukan Perdana Menteri dan apabila sudah menang dan jadi Perdana Menteri dan jadi Menteri Kewangan pula, apa lagi alasan?,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Nismilan Kito Ubah di Markas Pas Port Dickson pada Ahad.

Ujar Mohd Nazree, meskipun sudah masuk lapan bulan memerintah negara, namun sehingga kini tiada satu pun janji popular yang dilaungkan sebelum ini telah dilaksanakan.

Beliau turut menuntut Perdana Menteri memaklumkan kepada rakyat tentang formula menurunkan harga minyak dan bila ia boleh dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here