PRN: Saravanan nafi MIC dapat kerusi DUN di Selangor

0
151

TIMBALAN Presiden MIC M Saravanan hari ini menafikan laporan yang menyebut bahawa parti itu akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Katanya, laporan sebelum ini yang menyatakan bahawa parti itu akan diberi kerusi pada PRN Selangor adalah tidak tepat.

“Laporan MIC diberi kerusi bertanding tidak tepat. MIC sebelum ini minta DUN Sentosa yang (kita) mempunyai peluang untuk menang.

“Namun, setelah rundingan antara PH dan BN, kerusi itu dikekalkan dengan PKR.

“Jadi, sehingga kini, MIC tidak dijanji mana-mana kerusi untuk bertanding di Selangor,” katanya lapor Malaysiakini.

Semalam, MIC Selangor mendakwa parti itu akan diberi kerusi DUN.

Bagaiamanapun, pengerusinya, MB Raja berkata, parti itu belum dapat memastikan berapa jumlah kerusi yang bakal diperuntukkan.

Untuk rekod, BN Selangor mengadakan mesyuarat jawatankuasa negeri di bangunan Umno Selangor, Shah Alam, lewat malam tadi.

Malaysiakini juga difahamkan, hasil rundingan dengan PH Selangor, BN kini diberikan 11 kerusi DUN untuk bertanding.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here