Warga emas ditemui maut disyaki dibunuh

0
145

SEORANG lelaki warga emas berusia 64 tahun disyaki mati dibunuh di sebuah rumah pangsa di Bentong, Pahang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, panggilan diterima daripada polis untuk membantu mengambil mayat di rumah mangsa kira-kira 4.10 petang.

“Pasukan bomba turut memberi bantuan untuk menjalankan siasatan ke atas kejadian ini.

“Menurut laporan polis, mayat mangsa disyaki dibunuh kerana terdapat kesan kebakaran pada kain menutupi mayat mangsa,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here