UMNO ibarat ais kecil tengah panas – Annuar Musa

0
160

UMNO semakin hilang kepercayaan dan sokongan rakyat serta diibaratkan seperti ais yang mudah rapuh dan semakin mengecil akibat terdedah kepada cuaca panas.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu bukan lagi seperti dahulu, sebaliknya banyak perubahan dilakukan tidak disenangi rakyat.

“Sebab itulah UMNO ini macam ais duduk (jemur) di tengah panas yang akhirnya makin kecil dan terus mengecil,” katanya ketika berucap pada Ceramah Selangor Baharu dan Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sabak Bernam di Markas Pas Batu 1, Tebuk Pulai di sini pada Ahad malam.

Annuar berkata, jumlah undi popular UMNO dalam dua pilihan raya umum sebelum ini jauh lebih sedikit berbanding bilangan ahli parti itu di seluruh negara.

“Jika kita sorot PRU-13 (Pilihan Raya Umum ke-13), undi UMNO 5.4 juta jauh lebih tinggi berbanding 3.2 juta ahli yang ada pada waktu itu.

Bagaimanapun, Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional berkata, situasi itu tidak bertahan lama apabila undi popular UMNO semakin merosot.

“Realitinya bilangan ahli UMNO 5 juta, tetapi undi popular parti itu merosot 1 /juta pada PRU-14.

“Jumlah undi popular UMNO semakin merosot pada PRU15 apabila dianggarkan 2 daripada 7 juta ahli mereka meninggalkan parti itu katanya lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here