Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda, terima keputusan JPM

0
184

PENGERUSI Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Idris Jusoh mengesahkan pengunduran beliau daripada jawatan berkenaan berkuat kuasa 30 Jun ini.

Menerusi laman Facebooknya, bekas Menteri Pendidikan Tinggi itu menjelaskan, beliau menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti baharu.

Idris dalam kenyataannya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi peluang kepadanya menjawat jawatan berkenaan, lapor Astro AWANI.

Penghargaan juga ditujukan kepada warga peneroka, petugas Felda sepanjang perkhidmatannya.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Lembaga Pengarah agensi itu, berkuat kuasa 1 Mei 2020.

Bagaimanapun, pengganti beliau bagi jawatan Pengerusi Felda masih belum diumumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here