‘Tak jawab soalan’ peguam pertikai jawapan Saifuddin pertahan Zahid lawat Najib

0
154

SEORANG peguam menyifatkan penjelasan Kementerian Dalam Menteri (KDN) berhubung lawatan pemimpin Umno ke Penjara Kajang masih belum menjawab persoalan-persoalan utama yang bermain dalam fikiran masyarakat. 

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat dan makan bersama bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dibenarkan kerana mendapat kebenaran khas daripada pihak penjara. 

Bagaimanapun, Rafique Rashid menegaskan penjelasan itu sekadar satu kenyataan dan tidak menjawab kepada desakan beliau sebelum ini. 

Terdahulu beliau mempersoalkan layanan istimewa dalam lawatan Zahid dan sekutunya yang jelas sudah melanggar peraturan serta undang-undang yang ditetapkan sewaktu melawat banduan di setiap penjara dalam negara. 

“Soalan atau desakan saya, adakah orang lain akan terima layanan istimewa sepertimana yang diterima oleh Najib Razak melalui Zahid Hamidi? 

“Saya tidak mempersoalkan mengenai kuasa menteri, saya juga tak mempersoalkan mengenai kuasa komisioner. 

“Saya memang tahu dan arif tetapi adakah apa yang dinyatakan tersebut akan diberikan juga kepada orang dan banduan yang lain?” katanya, lapor MalaysiaNow.

Beliau merujuk kepada Peraturan Peraturan-peraturan Penjara 2000 Perkara 86 dan 99 Bahagian 10 yang membenarkan lawatan daripada saudara-mara dan rakan-rakan banduan tertakluk kepada sekatan kecuali dengan kebenaran khas. 

Pada sidang media di Parlimen semalam Saifuddin berkata, Zahid mendapat kebenaran melawat dan makan bersama Najib melalui kebenaran khas daripada ketua pengarah penjara atau menteri.

Rafique berkata, sehingga kini tiada penjelasan terperinci daripada pihak berwajib tentang apakah kaedah yang dikemukakan oleh Zahid kepada KDN untuk mendapatkan kebenaran dan akses layanan istimewa tersebut. 

“Adakah secara menulis, melalui panggilan telefon, menggunakan timbalan menteri ataupun menggunakan menteri? 

“Jadi, akhirnya tak terjawablah. Setakat menteri di luar Parlimen menyatakan ‘ya kami ada kuasa’.” katanya.

Mengulas lanjut, Rafique menegaskan kenyataan itu sememangnya tidak salah kerana undang-undang membenarkan kusa itu digunakan.

Tetapi, persoalan seterusnya adalah sama ada pemakaian kuasa itu bakal dilanjutkan atau dipanjangkan kepada orang-orang lain? 

“Itu persoalannya kerana apa yang bermain dalam pemikiran orang sekarang adalah mengenai ‘special treatment’ (layanan istimewa) dan kuasa khas.” 

Katanya, apabila kerajaan menggunakan istilah-istilah tersebut dalam kenyataan dan jawapan kepada desakan sesuatu pihak, tidak mustahil ianya bokeh menimbulkan keraguan dalam pemikiran rakyat kebanyakan. 

Ini terutamanya, katanya, persoalan mengenai perbezaan kelas dan status. 

“Adakah sebab menteri yang minta, (maka) boleh berjumpa? 

“Adakah sebab perdana menteri dengan timbalan perdana menteri minta (maka) boleh jumpa?” 

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kebenaran “pengecualian” kali kedua yang diberikan oleh Saifuddin kepada Zahid. 

Dengan pengecualian pertama diberikan pada Mac lalu untuk mengecualikan Umno daripada klausa dalam Akta Pertubuhan sekali gus membenarkan parti itu tidak mengadakan pemilihan jawatan presiden dan timbalan presiden.  

Rafique sekali lagi membangkitkan persoalan asal tentang isu tersebut iaitu, apakah keistimewaan yang ada pada Zahid? 

Soalnya, adakah semua itu berlaku kerana keakraban politik sehingga 30 ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam kerajaan campuran itu menyebabkan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih berdiri.

“Atau sekiranya tidak dilanjutkan keistimewaan tersebut menyebabkan Umno akan atau mungkin menarik balik sokongan? 

“Ini juga persoalan yang rakyat sedang tanya.” 

Menurutnya, melalui penulisan komen dan pandangan rakyat di media sosial mengenai lawatan itu jelas menunjukkan ramai mengambil sikap “tepuk dahi” selepas mendengar penjelasan Saifuddin.  

“Bagi mereka, yalah. Mereka ada kuasa. 

“Jadi, berbalik kepada soalan tadi- apa istimewanya Zahid?” 

Katanya, undang-undang yang termaktub dalam negara perlu adil dan dikenakan ke atas semua orang bagi membolehkan negara terus berjalan maju ke hadapan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here