Penunggang Ducati maut jatuh ‘flyover’: Polis teliti CCTV buru suspek lawan arus

0
209

POLIS memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) tengah hari semalam untuk tampil memberi maklumat membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata hal itu susulan penunggang motosikal yang melawan arus yang menjadi punca kemalangan berkenaan masih belum dapat dikesan.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata polis juga sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya berkenaan untuk mengenal pasti penunggang motosikal yang melawan arus itu.

Azaddin, 64, sedang dijalankan di bahagian Forensik Hospital Ampang.

Semalam, Ahmad Fadzil meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat lebuh raya berkenaan dengan ketinggian 30 meter selepas mengelak sebuah motosikal yang dipandu melawan arus tengah hari semalam.

Allahyarham yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale maut di lokasi kejadian dan rakaman CCTV kejadian berkenaan tular menerusi media sosial sejak semalam.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here