Zahid dapat kebenaran khas lawat Najib dalam penjara – Saifuddin

0
160

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini memberitahu, dia dimaklumkan bahawa Presiden Umno Datuk

Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat Datuk Seri Najib Razak di Penjara Kajang baru-baru ini.

Menjawab soalan media di parlimen, Saifuddin berkata sebelum itu pihak penjara terbabit memberi pemakluman mengenai lawatan timbalan perdana menteri terbabit.

Katanya ada dua individu yang berhak memberikan kebenaran khas mengenai lawatan ke atas banduan, iaitu menteri dalam negeri dan Komisioner Jeneral Penjara.

Menurut senator terbabit sebelum Ahmad Zahid menemui Najib, dia dimaklumkan oleh pegawai tertinggi Jabatan Penjara Malaysia Nordin Muhamad.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini memberitahu, dia dimaklumkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melawat Najib Razak di Penjara Kajang baru-baru ini.

Menjawab soalan media di parlimen, Saifuddin berkata sebelum itu pihak penjara terbabit memberi pemakluman mengenai lawatan timbalan perdana menteri terbabit.

Katanya ada dua individu yang berhak memberikan kebenaran khas mengenai lawatan ke atas banduan, iaitu menteri dalam negeri dan Komisioner Jeneral Penjara.

Menurut senator terbabit sebelum Ahmad Zahid menemui Najib, dia dimaklumkan oleh pegawai tertinggi Jabatan Penjara Malaysia Nordin Muhamad.

Kebenaran khas tersebut tambah Saifuddin diberikan mengikut Peraturan 86 dan Peraturan 99 dalam Peraturan-Peraturan Penjara 2000 yang turut melibatkan kebenaran membawa makanan serta tempoh pertemuan berlangsung.

“KP (Komisioner Jeneral) Penjara maklumkan pada saya… (justeru) saya tau.

“Prosedur seterusnya (untuk kebenaran khas tersebut) ialah oleh KP Penjara. Yang penting dia maklumkan kepada saya, saya maklum.

“Soal bagaimana dia maklumkan dan sebagainya – itu hanya prosedur,” katanya, lapor MalaysiaKini.

Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Ahmad Zahid memberitahu dia bertemu dengan Najib di Penjara Kajang dan sempat menikmati makanan kegemaran bekas perdana menteri itu.

Kata Ahmad Zahid lagi, dia menghabiskan masa selama kira-kira dua jam bersama Najib.

Mengikut Peraturan-Peraturan Penjara 2000, ketetapan yang dibuat pada peraturan 86 hingga 98 membabitkan hal-hal berkaitan kebenaran dan sekatan yang dikenakan ke atas komunikasi atau lawatan untuk banduan.

Secara khusus peraturan 87 memperuntukkan tempoh lawatan adalah selama 45 minit, tetapi mengikut peraturan 87(4) “pegawai yang bertanggungjawab boleh mengubah tempoh lawatan yang difikirkannya sesuai”.

Menurut Saifuddin semasa Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditahan di penjara dulu, dia turut pernah mendapat peluang bertemu dengan ahli politik terbabit.

Kadang-kadang, katanya, dia diberikan tempoh 15 minit hingga 30 minit, dan hanya sesekali mendapat tempoh sehingga 45 minit.

“Bergantung kepada budi bicara (pegawai penjara),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here