Sanusi tempelak Saifuddin berkenaan sesi townhall di UUM

0
189

Oleh RIZQI ZABIDI

KENYATAAN dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution kononnya Kedah tidak dianaktirikan kerana diberikan peruntukan RM1.6 bilion oleh Kerajaan Persekutuan baharu di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah satu dakwaaan bersifat naif dan poyo.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Noor berkata, projek berjumlah RM1.6 bilion yang digembar-gemburkan itu bukan projek bahawa kerajaan Persekutuan sebaliknya projek-projek dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah disenaraikan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, ada dalam kalangan projek tersbeut sememangnya sedang disiapkan dengan sebahagiannya adalah projek sambungan.

“Ada juga yang akan siap beberapa tahun lagi dan mungkn tak akan siap dalam RMK-12 pun. ‘Mengklaim’ RM1.6 bilion itu seluruhnya adalah datang bersama kerajaan baharu ini sangatlah naif dan poyo.

“Duit Kerajaan Persektuan atau negeri sememangnya akan diluluskan dalam Bajet tahunan mengikut anggaran kemajuan projek dalam tahun anggaran belanjawan itu diluluskan.

“Projek yang belum siap akan masuk dalam belanjawan tahun berikutnya pula hingga seluruh projek itu siap sepenuhnya. Ada yang sudah mengambil masa tujuh atau lapan tahun sejak RMK-10 dan RMK-11 lagi,” katanya dalam laman Facebooknya, hari ini.

Dalam sesi Townhall Ikon Madani semalam, Saifuddin ketika menjawab soalan seorang mahasiswa menafikan dakwaan kononnya Kedah dianak tirikan kerajan Persekutuan.

Menurut Saifuddin, peruntukan berjumlah RM1.6 bilion dengan 453 projek itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah sedangkan sumbangan Kedah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sangat kecil berbanding Selangor, Pulau Pinang serta Johor.

Mengulas lanjut Sanusi berkata, RM1.6 bilion bagi projek-projek yang sedang berjalan di Kedah bukanlah angka yang mengujakan dan mengibaratkannya seperti menjamah nasi goreng kunyit sewaktu sarapan daripada nasi yang tidak habis dimakan malam tadi saja.

“Dalam keadaan itu, tentulah lebih baik daripada ‘tak dak’ apa langsung nak menyerok (bersarapan). Yang menghairankan saya ialah, banyaknya masa yang para menteri sekarang ini ada untuk menyebar propaganda berbanding kerja hakiki sebagai menteri.

“Orang ini Menteri Dalam Negeri (KDN) tau, bukan Menteri Kerja Raya. ‘Awat’ (Kenapa) beliau bersyarah kepada mahasiswa yang cerdik pandai tetapi sembunyi-sembunyi tak bagi ada rakaman?

“Takut apa? Owhh Madaniā€¦. kelentong mau kencang, kerja hakiki ke laut,” katanya.

Mengulas dakwaan Saifuddin kononnya kerajaan negeri Kedah tidak menulis surat kepada kerajaan Persekutuan untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Muhammad Sanusi berkata, kalangan mahasiswa UUM tersebut boleh memeriksa kronologi Kedah Aerotropolis sejak 2013.

“Sepanjang garis masa itu, gerombolan ‘orang tua ini’ (Saifuddin) ada pembabitan dan ada sentuhan mereka juga. Terima kasih atas jasa mereka. Dulu mereka pun usaha nak buat juga, tapi sekarang tidak lagi, mungkin terpaksa mementingkan negeri sebelah daripada negeri sendiri kerana nyawa politik ada di sana.

“Pembangunan projek-projek seperti itu tidaklah semudah mengisi borang UPU atau menulis sepucuk surat memohon mini tar dalam kampung. Boleh dengar kronologi daripada link di bawah.,” katanya sambil berkongsi capaian kepada klip video Tik Tok memaparkan dirinya membentangkan satu demi satu kronologi usaha Kedah untuk merealisasikan Kedah Aerotropolis sejak 2013 di Dewan Undangan Negeri (DUN). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here