Tun M tak setuju Sanusi disiasat kerana isu Kedah-Pulau Pinang

0
161

TINDAKAN ingin mengheret Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke muka pengadilan seperti perbuatan jenayah susulan kenyataan kontroversi Menteri Besar itu bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah, disifatkan melampau.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat perbezaan jelas membabitkan perjanjian antara Pulau Pinang dan Singapura.

Mengulas lanjut katanya, berdasarkan Sejarah, Sultan Kedah ketika itu berkenan supaya Syarikat Hindia Timur Inggeris mengambil alih Pulau Pinang dengan bayaran 6,000 dolar Sepanyol setahun.

“Kemudiannya, ia ditambah dengan sebidang tanah besar yang bertentangan dengan pulau itu membabitkan harga 4,000 dolar Sepanyol setahun

“Melalui perjanjian itu, ia memerlukan syarikat British membantu dalam pertahanan Kedah sekiranya diserang oleh negara asing. Kita tahu bahawa British gagal untuk menghormati kata-kata mereka,” katanya melalui Twitter, hari ini, lapor BH Online.

Tun Mahathir berkata, beliau tidak akan mengatakan sebarang perkara berhubung dua negeri itu namun mendakwa pernah memujuk Lim Guan Eng yang ketika itu menjawat Menteri Kewangan untuk memberi lebih RM10,000 kepada Kedah setiap tahun.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu polis memulakan siasatan terhadap Muhammad Sanusi susulan kenyataan kontroversinya bahawa Pulau Pinang milik Kedah, baru-baru ini.

Anwar dilaporkan berkata, sebahagian daripada laporan polis sudah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan pertimbangan, jika pemimpin itu wajar dikenakan tindakan undang-undang, sekali gus didakwa di mahkamah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here