Kertas siasatan isu ‘hina raja’ Tun M dirujuk ke AGC minggu depan

0
170

KERTAS siasatan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu beliau didakwa menghina institusi raja sudah disiapkan

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, selaras dengan peruntukan undang-undang kertas siasatan tersebut akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu depan.

“PDRM telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Tun Dr. Mahathir bersabit kes penghinaan terhadap institusi diraja.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 Jun ini selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media, lapor Malaysiakini.

Noorsiah memberitahu, bagi isu membabitkan Proklamasi Orang Melayu, PDRM masih di peringkat siasatan.

Katanya, polis akan merakamkan percakapan dua ahli politik lagi iaitu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here