Timbalan Menteri Sarawak cedera dipukul empat lelaki tidak dikenali

0
369

SEORANG Timbalan Menteri Sarawak cedera dipercayai dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di hadapan kediaman keluarganya di Tabuan Jaya di sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mangsa dalam perjalanan mengunjungi kediaman keluarganya menjelang sambutan Hari Gawai.

Difahamkan, ketika melalui lorong kawasan itu, mangsa terserempak dengan sekumpulan individu tidak dikenali yang dipercayai berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Ahli Dewan Undangan Negeri itu kemudian keluar dari kenderaan dan bertanya kepada kumpulan lelaki tersebut tujuan mereka di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dipercayai berlaku sedikit pertengkaran susulan itu.

Kumpulan individu tersebut bertindak menyerangnya sebelum melarikan diri.

Mangsa dihantar ke hospital dan laporan polis dibuat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes tersebut sambil menambah, ia sedang disiasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here