Lelaki terbabit kes bunuh, bakar kekasih hamil didakwa hari ini

0
156

SEORANG lelaki yang terbabit dalam kes bunuh dan bakar teman wanita yang hamil empat bulan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini atas pertuduhan membunuh.

Suspek yang juga bekas penuntut kolej, hadir ke mahkamah pada jam 8.55 pagi dengan kenderaan polis lapor BH.

Media sebelum ini melaporkan luka akibat tikaman di dada menjadi punca seorang pelayan restoran maut selain dikelar di perut sebelum mayat mangsa dibakar oleh teman lelakinya.

Pada 24 Mei lepas, polis berkata suspek yang berusia 20 tahun telah membawa mangsa menaiki kereta sebelum bertengkar dengan wanita itu dan bertindak memukul kepalanya sehingga pengsan.

Mengikut polis, suspek kemudian menikam mangsa menggunakan pisau dapur serta menoreh perut wanita berusia 21 tahun itu sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali semula ke lokasi kejadian keesokan harinya dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat berkenaan sekali lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here