Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung

0
125

REMAN seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar disambung lima hari sehingga Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, kebenaran lanjutan reman terhadap suspek berusia 20 tahun dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada Isnin.

Menurut beliau, tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita akan merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Suspek yang berpakaian lokap ungu itu hadir ke mahkamah dengan dikawal ketat anggota polis, kira-kira jam 8.10 pagi.

Sementara itu, Agus Salim dalam kenyataannya meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan tidak sahih di media sosial mengenai kes berkenaan.

Beliau menegaskan, tindakan menyebarkan spekulasi itu hanya akan mengganggu siasatan polis yang sedang dijalankan ketika ini.

“Polis tidak teragak-agak membuka kertas siasatan ke atas individu itu mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here