Buat kecoh di stadium, 4 penyokong ditahan polis

0
141

POLIS menahan empat lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun dalam kekecohan yang berlaku antara penyokong pasukan bola sepak Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak di Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Assisten Komisioner Yahaya Hassan, dalam kenyataan hari ini berkata polis mengesahkan kejadian berlaku pada 9.17 malam setelah pihaknya mengesan satu video tular memaparkan berlakunya kekecohan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.

“Ujian saringan air kencing terhadap seorang daripada tahanan mendapati positif dadah jenis TFC (ganja),” katanya menambah keadaan kekecohan dapat dikawal pasukan polis bertugas di lokasi kejadian.

Yahaya berkata semua yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau menyeru orang awam yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Ipoh, ASP Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 untuk membantu siasatan.

Media melaporkan perlawanan Liga Super antara Perak FC menentang Selangor FC di Stadium Perak malam tadi dicemari insiden pergaduhan membabitkan penyokong dua pasukan itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here