PRN:PN kekal guna logo gabungan di empat negeri-Muhyiddin

0
96

PERIKATAN Nasional (PN) akan kekal menggunakan logo perikatan berkenaan di empat negeri pada Pilihan Raya negeri (PRN) akan datang, sama seperti ketika Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata empat negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Kedah, selain masih menunggu kata putus daripada Kelantan serta Terengganu.

“Setakat hari ini kita kekalkan…kecuali kalau PAS minta perubahan, sebelum ini mereka (PAS) menerima logo PN di Kedah dan mereka gunakannya sampai sekarang, mereka masih kekalkannya.

“Tapi di Kelantan dan Terengganu kalau mereka gunakan logo PAS pun tidak mengapa. Orang dah kenal dah PN ini, hanya untuk pilihan raya tetapi secara dasarnya hubungan kita dalam PN cukup baik. Ia (hubungan) ada kemajuan sebenarnya jika nak dibandingkan dengan PRU yg lepas,” katanya di sini  hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepong di Kompleks Sukan Pagoh, yang turut dihadiri oleh Adun Bukit Kepong Datuk Seri Dr Sahruddin Jamal.

Muhyiddin turut menyifatkan PRN kali ini akan menjadi satu tanda aras baru yang akan menunjukkan hala tuju masa depan politik negara.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here