Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengasuh taska tular pukul, tepuk kepala bayi ditahan 4 hari -

Pengasuh taska tular pukul, tepuk kepala bayi ditahan 4 hari

SEORANG pengasuh pusat jagaan kanak-kanak (taska) direman empat hari bagi membantu siasatan kes mengasari dua bayi di sebuah taska swasta di Mutiara Rini, Johor Bahru.

Menurut laporan Astro AWANI, wanita berusia 21 tahun itu direman bermula hari ini hingga 19 Mei depan selepas kebenaran reman dikeluarkan Majisteret R Salini di Mahkamah Majisteret Johor Bahru, pagi ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan berkata wanita itu ditahan di Bandar Selesa Jaya, Skudai pada jam 2 pagi tadi.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah tadika yang berada di kawasan Mutiara Rini.

Mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berumur 11 bulan dan kanak-kanak lelaki berumur 9 bulan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, dua video tular di media sosial berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan warga tempatan mengasari dua bayi dengan menepuk kepala mangsa dan meniup muka mangsa yang sedang menangis.