Lelaki Singapura ditahan kencing di tempat wuduk

0
171

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG lelaki warga emas dipercayai warganegara Singapura mengundang kemarahan orang ramai apabila membuang air kecil di tempat mengambil wuduk di Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, hari ini.

Kejadian tersebut berjaya dirakam seorang lelaki yang menegur lelaki berkenaan sebelum video perbuatan tular dalam media sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan perbuatan jelik berkenaan pada pukul 4.36 petang.

“Pihak polis telah membuat tangkapan terhadap lelaki warga asing berusia 69 tahun itu. Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan air kencing didapati negatif.

“Permohonan reman akan dibuat pada esok di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik dan mengganggu ketenteraman awam,” ujar beliau. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here