Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Empat wanita warga asing ditahan, minta sedekah di Genting Highlands -

Empat wanita warga asing ditahan, minta sedekah di Genting Highlands

EMPAT warga asing ditahan kerana disyaki meminta wang dan mengganggu ketenteraman awam di sekitar kawasan Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita dalam lingkungan 30 hingga 34 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak 5 Mei lalu.

Katanya, tindakan diambil susulan aduan orang ramai yang terganggu dengan cara suspek memujuk dan merayu meminta wang.

“Kegiatan suspek turut dirakam dan ditularkan pengguna media sosial melalui sebuah akaun Facebook pada 9 Mei lalu.

“Semua wanita terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Genting Highlands untuk siasatan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.\

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Mana-mana individu didapati meminta sedekah di tempat awam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 atau penjara sehingga sebulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya sambil menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes itu masih dalam siasatan.