Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia, rebah ketika sarapan

0
625

PELAKON Ridzuan Hashim meninggal dunia di kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur sekitar pukul 11 pagi Khamis.

Perkara tersebut disahkan oleh anak saudaranya iaitu pelakon Iman Zulkarnain yang memaklumkan Allahyarham rebah secara mengejut ketika bersarapan.

”Arwah meninggal dunia di rumahnya, ketika itu dia sedang bersarapan dan tiba-tiba sahaja jatuh.

“Kemudian anak lelakinya melakukan pemeriksaan dan memberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di hospital, arwah sudah meninggal dunia,” katanya, lapor mStar.

Allahyarham berumur 61 tahun.

Iman turut memaklumkan Ridzuan menghidap masalah jantung dan angin ahmar.

Pelakon itu juga dikatakan sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.

Pada masa sama, Iman memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

‘Setakat ini kam belum dapat lagi kepastian punca kematian daripada pihak hospital. Jenazah akan diuruskan dan dikebumikan hari ini (khamis),” Jelasnya.

Sementara itu, arwah kali terakhir dilihat meraikan Aidilfitri bersama bekas isterinya, Didie Alias bersama anak-anaknya di sebuah resort di Melaka.

Sebagai rekod, Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga bersama Didie pada 1991 namun bercerai pada 2002.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Allahyarham sejak itu tidak pernah berkahwin lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here