Kadar pinjaman RHB dinaikkan minggu hadapan

0
172

RHB Banking Group akan menyemak semula kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman/pembiayaan asas (BLR/BFR) menaik sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei 2023.

Dalam satu kenyataan, kumpulan perbankan itu berkata ia sejajar dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaikkan SBR daripada 2.75 peratus kepada 3.00 peratus, BR daripada 3.50 peratus kepada 3.75 peratus setahun, dan akan turut menyemak BLR/BFR daripada 6.45 peratus kepada 6.70 peratus setahun.

“Sejajar semakan itu, kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank akan turut disemak semula meningkat,” katanya, lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here