Siti Bainun kena penjara 12 tahun

0
356

MAHKAMAH Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Hakim, Izralizam Sanusi, membuat keputusan itu selepas mendapati Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.

Beliau mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini, susulan Siti Bainun dikenakan penjara 10 dan 12 tahun masing-masing atas kesalahan mengabai serta menganiaya remaja itu.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan lapor Berita Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here