Banyak kerosakan dilakukan orang cerdik DAP – Shahrir

0
159

DAP dan pemimpinnya yang cerdik tidak menyelamatkan Malaysia, kata bekas Ahli Parlimen  Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad.

Sebaliknya kata beliau banyak kerosakan dilakukan oleh orang cerdik DAP dalam 22 bulan kepada negara, kehakiman, sistem kerajaan dan sistem ekonomi negara.

‘’Pendakwaan terpilih dan penganiayaan politik! Begitu mudah menyalahgunakan kuasa apabila DAP dan pemimpinnya berkuasa! Ni nak bercakap pula pasal pengampunan, patut atau tidak. DAP dan pemimpin-pemimpinnya yang cerdik tidak menyelamatkan Malaysia,’’ katanya dalam catatan di Facebook beliau.

Beliau membalas kenyataan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Meng

Shahrir turut mencela DAP kerana berdiam diri terhadap beberapa fakta yang menyebabkan Najib tidak mendapat keadilan sewajarnya.

“Kecerdikan pun boleh terhindar oleh prejudis. Bila perbicaraan Lim Guan Eng dan geng dibatalkan oleh Tommy Thomas, tidak pula pemimpin DAP yang ‘cerdik’ menyatakan ianya suatu yang luar dari biasa.

“Apabila berpuluh akaun milik entiti UMNO dan BN disita tapi akhirnya tindakan Kerajaan PH 1.0 itu sebenarnya di luar undang-undang, orang cerdik macam Ong Kian Meng tidak berbunyi sepatah pun.

“Apabila perbicaraan Datuk Seri Najib jelas disusun bagaikan skrip sandiwara dari pemilihan hakim, pendakwa raya swasta dan hakim-hakim besar yang dilantik tidak patuh pada undang-undang negara serta penolakan bukti baru dan peguambela baru, kecerdikan itu disimpan dan tidak menyerlah sangat,” kata Shahrir, lapor Warta Rakyat.

Media semalam melaporkan, Kian Ming itu memberi peringatan ada batasan yang tidak boleh dilanggar Kerajaan Perpaduan.

Dia berkata, antaranya termasuk pembebasan bekas perdana menteri Najib sebelum hukuman penjaranya tamat.

“Saya rasa untuk akar umbi dan mungkin juga pemimpin DAP, ‘red line’ itu adalah pembebasan Bossku,” katanya merujuk kepada nama gelaran Najib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here