Seorang lagi budak maut disyaki akibat strok haba di Kluang

0
226

SEORANG lagi kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Kluang kira-kira 7 pagi semalam, dipercayai akibat strok haba.

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren, 12, disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat “septic shock secondary to meningoencephalitis” di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Menurutnya, pada mulanya Airiel dan adik lelaki berusia sembilan tahun serta ibu mereka mengalami demam biasa dan hanya memakan ubat.

“Saya meminta mereka tidur di ruang tamu kerana bilik itu sejuk sebelum terdengar seperti ada benda jatuh. Saya kemudian mendapati anak kekejangan.

“Saya terus menghubungi talian kecemasan untuk bantuan ambulans. Pada masa itu keadaan anak meronta-ronta dan adiknya juga begitu tetapi sekejap sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bentong, Kluang, menurut Berita Harian.

Syahrol Azmi berkata, anaknya juga sebelum itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, serta muntah, kira-kira 10 malam kelmarin.

Katanya, doktor turut menjelaskan simptom strok haba dialami anaknya menyebabkan buah pinggangnya terjejas serta keradangan otak.

“Anak saya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong. Manakala anak ketiga, Aidil Syahren, 9, pula disahkan stabil dan masih berada di wad,” katanya, lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here