Remaja lelaki pamer aksi ‘wheelie’ bersama teman wanita direman

0
237

REMAJA lelaki yang menunggang motosikal dengan teman wanitanya dengan membuat aksi ‘wheelie‘ di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman pada Ahad telah ditahan reman.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, remaja lelaki yang menetap di Kampung Balok di sini direman selama empat hari hingga 5 Mei ini.

“Penahanan reman dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Suspek kedua yang merupakan kekasihnya pula dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Ahad, tular satu video berdurasi 54 saat itu di laman sosial, selepas pasangan tersebut melakukan aksi wheelie di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman.

Kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu ditahan pihak polis di hadapan rumah lelaki terbabit di Kampung Balok di Kuantan pada Isnin.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan diteruskan dan akan mendapatkan arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.

“Kita jangka suspek akan dituduh di mahkamah pada 5 Mei ini,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here