Maut dengan isi perut terburai dalam kemalangan

0
130

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG lelaki meninggal dunia dalam keadaan isi perut terburai selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 37, Jalan Yong Peng-Kluang di Kluang malam tadi.

Kejadian pada pukul 11 malam itu mengakibatkan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kanthan, 50, meninggal dunia akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kluang, Assisten Komisioner Bahrain Mohd. Noh berkata, kemalangan melibatkan motosikal Modenas Kriss ditunggang mangsa dan sebuah kereta jenis Nissan Sentra.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian didapati kereta tersebut dari arah Paloh menghala ke Kluang telah melanggar motosikal tersebut dari arah belakang disebabkan kawasan kemalangan gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan.

“Penunggang motosikal cedera parah di badan dan meninggal dunia manakala pemandu kereta, Muhamad Firdaus, 32, tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berasal dari daerah ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here