Syamsul Yusof tak lafaz cerai hari ini

0
156

KEMELUT rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, berterusan apabila perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini tidak berjaya.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul di dalam prosiding berkata, proses hari ini tidak mencapai persetujuan.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

“Usaha nak selesai kes secara persetujuan tidak berjaya. Terdapat beberapa perubahan dibuat oleh Puteri Sarah. Berkenaan Ira Kazar dan tuntutan lain,” katanya.

Sebelum itu, proses sulh yang berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi juga tidak berhasil berikutan tiada persetujuan.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here