SPRM panggil Sivakumar

0
257

MENTERI Sumber Manusia, V Sivakumar disahkan telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Ahad, bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan agensi itu selepas menahan tiga individu termasuk dua pegawai kementerian tersebut pada minggu lalu.

Sumber berkata, Sivakumar dipercayai hadir ke pejabat SPRM kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Beliau hadir bagi membantu melengkapkan siasatan yang dilakukan SPRM selepas menahan tiga individu termasuk dua pegawainya pada minggu lalu,” katanya ringkas, lapor Sinar Harian

Pada Khamis, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, Setiausaha Sulit kepada Sivakumar ditahan.

Penahanan Setiausaha Sulit menteri itu dilakukan SPRM kira-kira jam 2.30 pagi selepas seorang pegawai tugas-tugas khas kepada Sivakumar ditahan sebelum itu.

Sebelum ini media melaporkan, pegawai tugas-tugas khas Sivakumar ditahan selepas dipercayai bertindak sebagai ‘runner‘ bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pekerja asing.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan SPRM berhubung dakwaan tersebut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here