Bersih gesa kerajaan lakukan segera reformasi, elak pertukaran kerajaan

0
153

ANCAMAN bahawa kerajaan hari ini bakal tumbang semakin menghampiri tanpa pelaksanaan reformasi, kata pengerusi Bersih, Thomas Fann.

Bercakap pada pelancaran Laporan Tahunan Bersih 2022 dalam talian di Facebook hari ini, dia berkata bahawa reformasi itu diperlukan bukan sahaja untuk membawa kestabilan politik jangka panjang tetapi juga untuk menghapuskan sebarang tekanan mengenai kemungkinan pertukaran kerajaan.

Fann berkata ini kerana negara kini berada dalam situasi yang sama seperti selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), ketika Pakatan Harapan (PH) menerajui negara.

“Apabila PH mula membentuk kerajaan pada 2018, jangkaan semua ialah mereka akan mempunyai tempoh empat atau lima tahun untuk membawa pembaharuan institusi yang penting. 

“Tetapi mereka hanya mempunyai 22 bulan (berkuasa). Kebimbangan itu masih berterusan hari ini, semata-mata kerana keadaan politik masih agak status quo, seperti pada PRU14. Ada kemungkinan kerajaan ini tidak berkekalan.

“Atas sebab itu (kita lihat) gerakan politik rakan kongsi mereka untuk mendapatkan pengampunan buat Najib dan menggugurkan pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri (Ahmad) Zahid (Hamidi).

“Semua ini adalah spekulasi dan gerakan di belakang tabir,” katanya, lapor MalaysiaKini.

Justeru, Fann menyeru pentadbiran semasa melaksanakan reformasi parlimen yang membolehkan ahli parlimen, baik pelapis kerajaan mahupun pembangkang, memainkan peranan aktif di Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here