Ibu dera anak umur 10 bulan ditahan

0
109

POLIS menahan seorang wanita berumur 26 tahun di kediamannya di Petaling Jaya kerana disyaki mendera anak sendiri yang baru berumur 10 bulan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini berkata kesan lebam dapat dilihat di seluruh badan bayi itu, dipercayai akibat penderaan.

Beliau berkata polis menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas menerima laporan daripada petugas Hospital Shah Alam, tempat bayi itu dirawat.

Katanya wanita itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here