Dua lelaki guna gelaran ‘Datuk Seri’ ditahan

0
259

POLIS menahan dua lelaki di Bentong, Pahang kerana menggunakan lambang dan darjah kebesaran palsu membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, kedua-dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 44 dan 45 tahun itu ditahan satu pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Bentong di sebuah rumah pada Selasa lalu.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan di rumah dan pejabat suspek, polis merampas watikah pelantikan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang disyaki palsu, pakaian istiadat lengkap, set bintang kebesaran dan lambang darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ yang diletakkan pada kenderaan.

“Seorang lagi suspek yang berusia 45 tahun juga didapati terlibat dalam aktiviti pemberi pinjam wang tanpa lesen dan disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaiham berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (mencegah penggunaan tidak wajar) 1963.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf demi kepentingan peribadi bagi tujuan tertentu.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat sekiranya mengesyaki tentang aktiviti-aktiviti penyamaran seperti ini kepada pihak polis,” ujar beliau, lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here