‘Jangan rakus guna kuasa demi nafsu dan dendam kesumat’, pesan Muhyiddin

0
166

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kerajaan campuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) supaya terlalu tidak rakus menggunakan kuasa mengikut hawa nafsu dan dendam kesumat.

Ini kerana katanya, tidak ada kuasa yang kekal melainkan kekuasaan Allah.

“Berpada-pada lah. Tidak ada kuasa yang kekal melainkan kekuasaan Allah s.w.t.,” katanya sambil memetik firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali-Imran, ayat 3.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Kelima di Kuala Lumpur pada Ahad.

Muhyiddin berkata, dalam tempoh yang singkat, rakyat telah memberikan markah gagal kepada kerajaan sedia ada.

Katanya, dalam satu kajiselidik yang dilaksanakan oleh sebuah firma penyelidikan dengan kerjasama media arus perdana, tidak ada seorang pun Menteri kerajaan campuran ini yang mendapat skor melebihi 50 peratus, termasuk Perdana Menteri.

“Bukan kita yang kata mereka gagal. Tetapi rakyat yang kata. Mungkin kejayaan mereka yang paling besar setakat ini ialah mendakwa saya di mahkamah. Itu sajalah. Yang lain, yillek (tiada),” katanya.

Beliau menambah, kerajaan hari ini jelas tidak mempunyai sebarang idea bernas untuk menyelesaikan masalah rakyat tetapi menambah masalah lagi ada .

“Misalnya, saya hairan apabila Perdana Menteri mencadangkan di Dewan Rakyat beberapa hari lalu supaya wang KWSP dicagarkan untuk mebolehkan pencarum berhutang dengan bank. Yang memohon pengeluaran wang KWSP ini kebanyakannya adalah orang-orang susah.

“Adakah Kerajaan hendak menggalakkan orang susah berhutang? Jika mereka tidak mampu membayar hutang, wang KWSP mereka juga akan lesap beserta tanggungan faedah yang akan dikenakan oleh bank.

“Bukankah ini akan semakin membebankan rakyat yang susah? Cadangan ini tak masuk akal,” katanya.

Muhyiddin berkata, walaupun kerajaan campuran PH-BN ada majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi mereka sebenarnya tidaklah sekuat mana.

“Parti-parti yang membentuk kerajaan pun adalah “strange bed fellows”. Mereka tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ada perbezaan yang ketarasesama mereka. Walaupun namanya Kerajaan Perpaduan, tetapi mereka tidak berpadu.

“Kita boleh nampak kerapuhan hubungan mereka apabila mereka berbalah sesama sendiri di Parlimen. Ini rakyat pun boleh nampak,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here