MPT Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin

0
157

MAJLIS Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Khas MPT parti berkenaan pada Sabtu.

“Ini kerana MPT menegaskan bahawa pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.

“MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap Presiden dan parti Bersatu dengan fitnah serta kezaliman,” katanya.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan kedudukan beliau sama ada kekal atau tidak sebagai Presiden Bersatu akan ditentukan oleh MPT.

Mengulas lanjut Hamzah turut mengesahkan menerima laporan sayap Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Srikandi Bersatu) dan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang selesai mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) masing-masing.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada sayap baharu Srikandi Muda yang berjaya menganjurkan konvensyen pertama mereka pada hari yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here