Pengecualian usul UMNO: Banyak perkara boleh dipersoal ahli, kata Hamzah

0
179

BEKAS menteri dalam negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata banyak perkara boleh dipersoalkan ahli berhubung pengecualian kepada UMNO berhubung dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Setiausaha agung Bersatu itu berkata, bagaimanapun terpulang kepada ahli untuk mempersoalkan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberi pengecualian kepada UMNO itu.

“Jadi, rakyat terutama ahli UMNO kena sedar bahawa ada banyak perkara yang sepatutnya dipersoalkan dan terpulang kepada ahli parti.

“Kalau boleh dipersoalkan…bagaimana dipersoalkan. Bagaimana caranya mereka ambil,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah turut mempersoalkan tindakan Saifuddin yang menggunakan kuasa budi bicaranya dalam kes berkenaan.

Hamzah berkata, sepatutnya kuasa menteri digunakan selepas UMNO diharamkan, tetapi Saifuddin mendahuluinya.

“Sepatutnya kalau parti itu diharamkan barulah ada kuasa. Sebelum ada apa-apa nak pre-empt (mendahului) apa maknanya.

“Memang betullah dia rasa sepatutnya UMNO diharamkan, itu persoalan yang ada dalam kalangan rakyat,” katanya lapor FMT.

Ahli Parlimen Larut itu antara pemimpin Bersatu yang turut hadir memberi sokongan kepada presiden mereka,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here