Saifuddin guna kuasa menteri kecualikan Umno daripada Akta Pertubuhan

0
234

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution menggunakan kuasa menterinya untuk mengecualikan Umno daripada klausa dalam Akta Pertubuhan, membenarkan parti itu untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya.

Ia susulan gesaan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan kepada umum surat daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang meluluskan usul tambahan parti itu agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini. 

Dalam satu kenyataan, Saifuddin berkata kementeriannya menerima usul tidak bertanding daripada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan pada 3 Mac lepas.

Katanya, berdasarkan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966, beliau memutuskan untuk mengecualikan parti itu daripada pematuhan peruntukan di bawah Seksyen 13 akta sama tersebut.

Peruntukan itu menyatakan RoS boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan jika didapati melanggar mana-mana peruntukan Akta Pertubuhan.

Tetapi Seksyen 70 Akta yang sama memberi menteri dalam negeri kuasa bagi mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada mana-mana peruntukan bawahnya.

Terdapat laporan media yang bercanggah mengenai kandungan surat RoS tersebut, yang dilaporkan meluluskan usul agar dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan.

Ini mendorong Ismail menggesa Zahid mendedahkan surat itu kepada umum.

“Satu kata RoS tolak, tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru,” lapor MalaysiaNow.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here