Kami akan kembali, kata pemimpin Bersatu selepas hilang kerusi DUN

0
179

SEORANG daripada empat bekas ADUN Bersatu yang terpaksa mengosongkan kerusi mereka kerana lompat parti berikrar membawa Perikatan Nasional kembali lebih kuat berbanding sebelum ini dalam PRN akan datang.

Bekas ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Ishaq, berkata mereka telah menjangkakan dilucutkan hak oleh DUN sebaik usul dibentangkan memandangkan Pakatan Harapan mempunyai majoriti kukuh dalam DUN Pulau Pinang.

“Walaupun perit, kami terpaksa menerimanya,” katanya kepada pemberita pada sidang media di luar DUN Pulau Pinang di sini.

“Insya Allah kami (PN) akan kembali dengan lebih besar dan kuat,” lapor FMT.

Khaliq, Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), dan Zolkifly Lazim (Teluk Bahang) telah dilucutkan daripada DUN selepas dewan meluluskan usul mengosongkan kerusi mereka kerana lompat parti.

Keempat-empat mereka memenangi kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) atas tiket Pakatan.

Mereka semua dianggap “kehilangan” kerusi selepas Bersatu meninggalkan PH berikutan Langkah Sheraton pada Februari 2020, berdasarkan peruntukan akta anti lompat yang terkandung dalam Perkara 14A perlembagaan negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here