Razali Idris dilantik ketua penerangan Bersatu, ganti Wan Saiful

0
208

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melantik Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT), Senator Datuk Razali Idris sebagai Ketua Penerangan parti itu menggantikan Datuk Wan Saiful Wan Jan

Perkara itu didedahkan Wan Saiful Wan Jan dalam hantaran Facebooknya, yang telah meletakkan jawatan itu pada 21 Februari lalu.

“Alhamdulillah, malam ini secara rasmi YB Senator Datuk Razali Idris dilantik sebagai Ketua Penerangan Bersatu Malaysia.

“Saya yakin Datuk Razali akan dapat meneruskan, malahan menambah baik gerak kerja Penerangan seluruh negara. Tahniah Tok Li!,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu menerima surat pelantikan itu daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang turut disaksikan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor meletakkan jawatan itu selepas didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here