Anak Najib bakal tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi?

0
179

SELAIN menawarkan diri untuk menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mohd. Nazifuddin Najib yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikhabarkan akan bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Menurut sumber, Nazifuddin sudah pun mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut apabila melalui penyerahan borang pencalonan baru-baru ini.

Difahamkan, langkah untuk membawa individu berusia 40 tahun itu sebagai Ketua Bahagian, itu turut mendapat maklum balas baik daripada cawangan-cawangan UMNO yang kini rancak bermesyuarat.

“Nazifuddin yang lebih mesra dipanggil Nazif dilihat memiliki aura bapanya untuk diketengahkan. Dia juga dilihat sebagai anak muda yang tenang dan cerdik.

“Jika beliau menjadi ketua bahagian, UMNO Langkawi dilihat memiliki aura baharu untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,” katanya, lapor Warta Rakyat.

Ketika ni jawatan itu dipangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Nor Saidi Nanyan setelah penyandangnya, Datuk Nawawi Ahmad meninggal dunia di Jerman, November tahun lalu.

Sehingga kini belum dapat dipastikan sama ada Nor Saidi akan turut merebut jawatan ketua bahagian itu atau kekal dengan jawatan nombor dua.

Difahamkan Nor Saidi sehingga kini masih belum menghantar borang ketika tarikh tutup masih berbaki empat hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here