Penganggur dera anak teman wanita didakwa

0
178

SEORANG penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas dua pertuduhan mendera anak teman wanitanya berusia enam tahun sejak November lalu.

Muhammad Aiman Razali, 25, didakwa melakukan penganiayaan hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Cherry Apartment, Ipoh, Perak.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 1 pagi di lokasi sama pada dua tarikh berbeza iaitu 25 November tahun lalu dan 14 Februari tahun ini.

Kedua-dua pendakwaan dibaca mengikut Seksyen 31(1)ka) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan di hadapan Hakim, Azizah Ahmad dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, K Darinee manakala tertuduh diwakili peguam, Dayang Nor Emilia Azman Shah.

Darinee memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM12,000 bagi setiap pertuduhan tetapi Dayang Nor Emilia memohon jumlah itu dikurangkan dengan mengambil kira tertuduh tidak lagi bekerja sebagai pemandu lori.

Hakim menetapkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan selain menetapkan tarikh 22 Mac ini bagi kes disebut semula sementara menunggu laporan perubatan mangsa, lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here