Kilang logam meletup di Ohio, 13 dikejarkan ke hospital

0
258

SERAMAI 13 mangsa dikejarkan ke hospital selepas berlaku letupan di sebuah kilang di Ohio pada Isnin, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Jabatan Bomba Oakwood Village berkata mangsa dikejarkan ke hospital Pusat Perubatan MetroHealth, dua daripadanya dilaporkan kritikal.

Letupan berlaku di sebuah kilang aloi tembaga, I. Schumann & Co..

“Letupan kuat…dan seluruh bangunan bergegar seperti gempa bumi,” tulis saksi Stephenie Davis di Facebook.

Wanita itu turut menyiarkan beberapa gambar dan video yang menunjukkan kepulan asap besar berkepul-kepul dari kilang serta kerosakan pada kereta di tempat letak kereta berhampiran.

“Letupan yang belum diketahui puncanya mencederakan pekerja dan merosakan kilang itu,” menurut kenyataan I. Schumann and Co.

–BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here