Shahrizat kembali, akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO

0
113

TAN Sri Shahrizat Abdul Jalil secara rasminya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkan kertas pencalonannya awal hari ini di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur.

Shahrizat yang sebelum ini menerajui sayap itu pada 2008 hingga 2018, berkata visinya kali ini adalah untuk memperkukuh Wanita UMNO dan melebarkan sayapnya.

Bercakap kepada New Straits Times, beliau berkata, Wanita UMNO perlu inklusif dan sentiasa menunjukkan keberadaan sayap itu sebagai pasukan utama untuk membela rakyat seperti yang dilakukan selama ini.

“Saya bertanding semula bagi jawatan Ketua Wanita UMNO untuk memperkuatkan pasukan ini dan melebarkan sayapnya. Kita perlu memenangi hati dan minda rakyat serta negara ini sekali lagi,” katanya.

Shahrizat berkata, beliau mendapat sokongan padu daripada penyokongnya untuk kembali menerajui pergerakan itu dan membuat kemunculan semula.

Sebelum ini dilaporkan 147 ketua Wanita UMNO bahagian di seluruh negara menggesa Shahrizat menerajui sayap wanita parti itu memandangkan legasi dan reputasi bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu kekal walaupun selepas bersara daripada politik.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah berkata keputusan kolektif itu dibuat ketika pertemuan mereka dengan Shahrizat baru-baru ini.

Menurut laporan BH Online, Shahrizat berkata kekuatannya untuk bertanding jawatan itu berdasarkan pengalamannya mengemudi pergerakan itu sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here