Rakyat Malaysia parah ditembak di Betong

0
179

SEORANG elaki rakyat Malaysia dilaporkan parah selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, selatan Thailand pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 9 malam (waktu Thailand), mangsa berusia 55 tahun dari Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu dipercayai ditembak suspek tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut dan paha, dirawat di Hospital Betong.

“Ketika kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal telah ditembak sebanyak tiga das oleh seorang penyerang yang tidak dikenali.

“Suspek yang menyerang dipercayai warganegara Thailand berjaya melarikan diri. Setakat ini suspek masih belum ditangkap,” katanya di sini pada Isnin.

Menurutnya, siasatan dijalankan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan suspek dan motif serangan tersebut.

Kata beliau, siasatan dijalankan dari pelbagai aspek sama ada berpunca daripada perbalahan peribadi atau perniagaan.

“Mangsa telah lama keluar masuk ke Betong kerana dipercayai mempunyai seorang isteri warga Thailand.

“Mangsa yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah di negara ini pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Bandar Betong,” katanya lapor Sinar Harian.

Tambah Zulkepli, polis akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here