Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Anggaplah dia epal busuk', respons Lee Chong Wei pada komentar rasis Guang Yik -

‘Anggaplah dia epal busuk’, respons Lee Chong Wei pada komentar rasis Guang Yik

LEGENDA perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kesal dengan kenyataan rasis oleh bekas pemain pelapis badminton negara, Bong Guang Yik.

Menerusi sebuah hantaran di akaun Facebook rasminya, Chong Wei menekankan bahawa sukan mengangkat rasa hormat dan tidak menerima sebarang sikap perkauman.

Chong Wei turut menasihatkan agar mana-mana pihak tidak menghancurkan keharmonian rakyat yang erat hanya untuk dikenali ramai.

“Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang erat. Bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.

“Anggaplah dia (Guang Yik) sebiji epal busuk, kawan-kawan,” katanya lapor Astro AWANI.

Dalam pada itu, Chong Wei turut berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kerana pantas mengendalikan isu ini.

Kenyataan rasis Guang Yik menjadi tular sejak kelmarin melalui perkongsian video berdurasi satu minit 34 saat pemilik akaun tik tok @Ahboybadminton.

Menerusi klip video yang dimuat naik berdurasi 1 minit 17 saat itu, Guang Yik yang kini menetap di China mendakwa, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menunjukkan kemajuan kerana dikuasai oleh orang Melayu dan amalan berat sebelah.

Katanya lagi, ibadah solat lima waktu yang dijalankan pegawai dan petugas menjadi antara punca kelemahan pengurusan tertinggi BAM, hingga tidak dapat memberi tumpuan penuh pada aspek latihan pemain seterusnya menghasilkan keputusan positif untuk negara.

Guang Yik juga dalam komentar kontroversinya mendakwa, semua sumber BAM telah disalurkan kepada Datuk Lee Chong Wei sewaktu jaguh badminton negara itu di puncak karier, hingga melupakan usaha membangunkan generasi pemain pelapis.